وَلِلّهِ الأَسْمَاء الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُواْ الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَآئِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
“Hanya milik
Allah nama-nama (asmaul husna), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut
nama-nama (asmaul husna) itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari
kebenaran. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka
kerjakan.” (QS. Al A’raf 7:80)
قُلِ ادْعُواْ اللّهَ أَوِ ادْعُواْ الرَّحْمَنَ أَيًّا مَّا تَدْعُواْ فَلَهُ الأَسْمَاء سَبِيلاً الْحُسْنَى وَلاَ تَجْهَرْ بِصَلاَتِكَ وَلاَ تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ
“Katakanlah:
Serulah nama Allah atau Ar-Rahman, yang mana sahaja kamu serukan; kerana
bagi-Nyalah nama-nama yang baik Dan janganlah kamu menyaringkan bacaan solatmu,
dan janganlah kamu perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang
sederhana antara itu”. (QS. Al Isra’ 17:110)
هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاء الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
“Dialah
Allah yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai
Nama-nama yang paling baik. Bertasbih kepadaNya apa yang ada di langit dan di
bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (QS. Al Hashr 59:24)
اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ لَهُ الْأَسْمَاء الْحُسْنَى
“Allah!
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagi-Nyalah segala nama yang
baik.” (QS. Taha 20:8)
وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلْ أَفَرَأَيْتُم مَّا تَدْعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ إِنْ أَرَادَنِيَ اللَّهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كَاشِفَاتُ ضُرِّهِ أَوْ أَرَادَنِي بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكَاتُ رَحْمَتِهِ قُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ
![Text Box: ASMA UL-HUSNA](file:///C:/Users/ACER%7E1/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image002.png)
Allah: ( الله ) Lafaz yang Maha Mulia yang merupakan nama dari Zat Ilahi yang Maha Suci
serta wajib adanya yang berhak memiliki semua macam pujian dan sanjungan.
Adapun
nama-nama lain, maka setiap nama itu menunjukkan suatu sifat Allah yang
tertentu dan oleh sebab itu bolehlah dianggap sebagai sifat bagi lafaz yang
Maha Mulia.
Berikut ini
adalah 99 nama Allah SWT (Asmaul Husna) beserta maknanya:
1. Ar-Rahmaan: ( الرحمن ) Maha Pengasih, iaitu pemberi
kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia.
2. Ar-Rahim: ( الرحيم ) Maha
Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di
akhirat.
3. Al-Malik: ( الملك ) Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah,
iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri.
4. Al-Quddus: ( القدوس ) Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih
dari segala cela dan kekurangan.
5. As-Salaam: ( السلام ) Maha Penyelamat, iaitu pemberi
keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya.
6. Al-Mu’min: ( المؤمن ) Maha Pengaman / Pemelihara keamanan,
iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa,
sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang
baik.
7. Al-Muhaimin: ( المحيمن ) Maha Pelindung/Penjaga / Maha
Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu.
8. Al-’Aziiz: ( العزيز ) Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu
kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya
9. Al-Jabbaar: ( الجبار ) Maha Perkasa / Maha Kuat / Yang
Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala
perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya.
10. Al-Mutakabbir: ( المتكبر ) Maha Megah / Maha Pelengkap
Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat
keagungan dan kemegahanNya.
11. Al-Khaaliq: ( الخالق ) Maha Pencipta, iaitu mengadakan
seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu.
12. Al-Baari’: ( البارئ ) Maha Pembuat / Maha Perancang / Maha
Menjadikan, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.
13. Al-Mushawwir: ( المصور ) Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa
Bentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeda dengan
lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau
yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari’ ialah mengeluarkannya dari yang sudah
ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk yang sesuai
dengan keadaan dan keperluannya).
14. Al-Ghaffaar: ( الغفار ) Maha Pengampun, banyak pemberian
maafNya dan menutupi dosa-dosa dan kesalahan.
15. Al-Qahhaar: ( القهار ) Maha Pemaksa, menggenggam segala
sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.
16. Al-Wahhaab: ( الوهاب ) Maha Pemberi / Maha Menganugerah,
iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia.
17. Ar-Razzaaq: ( الرزاق ) Maha Pengrezeki / Maha Pemberi
Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab
diperolehnya.
18. Al-Fattaah: ( الفتاح ) Maha Membukakan / Maha Pembuka ,
iaitu membuka gedung penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya.
19. Al-’Aliim: ( العليم ) Maha Mengetahui, iaitu mengetahui
segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh
penglihatanNya.
20. Al-Qaabidh: ( القابض ) Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup
/ Maha Pengekang, iaitu mengambil nyawa atau mempersempit nezeki bagi siapa
yang dikehendaki olehNya.
21. Al-Baasith: ( الباسط ) Maha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup
/ Maha Melimpah Nikmat, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang
diinginkan olehNya.
22. AI-Khaafidh: ( الخافض ) Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan /
Maha Perendah / Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan
akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.
23. Ar-Raafi’: ( الرافع ) Maha Mengangkat / Maha Peninggi,
iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang
giat, iaitu termasuk golongan kaum yang bertaqwa.
24. Al-Mu’iz: ( المعز ) Maha Menghormati / Memuliakan / Maha
Pemberi Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada
agamaNya dengan memberinya pentolongan dan kemenangan.
25. Al-Muzil: ( المذل ) Maha Menghina / Pemberi kehinaan,
iaitu kepada musuh-musuhNya dan musuh ummat Islam seluruhnya.
26. As-Samii’: ( السميع ) Maha Mendengar.
27. Al-Bashiir: ( البصير ) Maha Melihat.
28. Al-Hakam: ( الحكم ) Maha
Menghukum / Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yang menetapkan / memutuskan
yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga tidak seorang pun yang
berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu.
29. Al-’Adl: ( العدل ) Maha Adil. Serta sangat sempurna
dalam keadilanNya itu.
30. Al-Lathiif: ( اللطيف ) Maha Menghalusi / Maha Teliti / Maha
Lembut serta Halus, iaitu mengetahui segala sesuatu yang samar-samar,
pelik-pelik dan kecil-kecil.
31. Al-Khabiir: ( الخبير ) Maha Waspada/ Maha Mengetahui.
32. Al-Haliim: ( الحليم ) Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha
Penghamba, iaitu yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula
gelojoh memberikan siksaan.
33. Al-’Adzhiim: ( العظيم ) Maha Agung, iaitu mencapai puncak
tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat dengan segala macam sifat
kebesaran dan kesempunnaan.
34. Al-Ghafuur: ( الغفور ) Maha Pengampun, banyak pengampunanNya
kepada hamba-hambaNya.
35. Asy-Syakuur: ( الشكور ) Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu
memberikan balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil.
36. Al-’Aliy: ( العلي ) Maha Tinggi Martabat-Nya / Maha
Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak
mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh
otak yang bagaimanapun pandainya.
37. Al-Kabiir: ( الكبير ) Maha Besar, yang kebesaranNya tidak
dapat dicapai oleh pancaindera ataupun akal manusia.
38. Al-Hafidz: ( الحفيظ ) Maha
Pemelihara Maha Pelindung / Maha Memelihara, iaitu menjaga segala sesuatu
jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan
hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan
balasanNya.
39. Al-Muqiit: ( المقيت ) Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi
Keperluan , baik yang berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani.
40. Al-Hasiib: ( الحسيب ) Maha Penjamin / Maha Mencukupi / Maha
Penghitung, iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya
pada hari Qiamat.
41. Al-Jaliil: ( الجليل ) Maha Luhur, iaitu yang memiliki
sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifatNya.
42. Al-Kariim: ( الكريم ) Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had
dan memberi siapa pun tanpa diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu
pemberian.
43. Ar-Raqiib: ( الركيب ) Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha
Waspada, iaitu yang mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.
44. Al-Mujiib: ( المجيب ) Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi
permohonan siapa saja yang berdoa padaNya.
45. Al-Waasi’: ( الواسع ) Maha Luas Pemberian-Nya , iaitu
kerahmatanNya merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap
segala sesuatu.
46. Al-Hakiim: ( الحكيم ) Maha Bijaksana, iaitu memiliki
kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam
membuat segala sesuatu.
47. Al-Waduud: ( الودود ) Maha Pencinta / Maha Menyayangi,
iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat
baik pada mereka itu dalam segala hal dan keadaan.
48. Al-Majiid: ( المجيد ) Maha Mulia, iaitu yang mencapai
tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan.
49. Al-Ba’ithu: ( الباعث ) Maha Membangkitkan, iaitu
membangkitkan semangat dan kemahuan, juga membangkitkan para Rasul dan
orang-orang yang telah mati dari kubur masing-masing nanti setelah tibanya hari
Qiamat.
50. Asy-Syahiid: ( الشهيد ) Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui
keadaan semua makhluk.
51. Al-Haq: ( الحق ) Maha Haq / Maha Benar yang kekal dan
tidak akan berubah sedikit pun.
52. Al-Wakiil: ( الوكيل ) Maha Pentadbir / Maha Berserah / Maha
Memelihara penyerahan, yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa
yang menjadi keperluan mereka itu.
53. Al-Qawiy: ( القوى ) Maha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan ,
iaitu yang memiliki kekuasaan yang sesempurnanya.
54. Al-Matiin: ( المتين ) Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa
/ Maha Sempurna Kekuatan-Nya , iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di
puncaknya.
55. Al-Waliy: ( الولى ) Maha Melindungi, iaitu melindungi
serta mengaturkan semua kepentingan makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat
sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak terbatas pada keperluan mereka.
56. Al-Hamiid: ( الحميد ) Maha Terpuji, yang memang sudah
selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan.
57. Al-Muhshii: ( المحصى ) Maha Menghitung / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun
tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana
wajarnya.
58. Al-Mubdi’: ( المبدئ ) Maha Memulai/Pemula / Maha Pencipta
dari Asal, iaitu yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum
maujud.
59. Al-Mu’iid: ( المعيد ) Maha Mengulangi / Maha Mengembalikan
dan Memulihkan, iaitu menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah
rosaknya.
60. Al-Muhyii: ( المحي ) Maha Menghidupkan, iaitu memberikan
daya kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak hidup.
61.
Al-Mumiit: ( المميت ) Maha
Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup.
62. Al-Hay: ( الحي ) Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal
hidupNya itu.
63. Al-Qayyuum: ( القيوم ) Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya ,
iaitu baik ZatNya, SifatNya, Af’alNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang
selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit dan bumi ini.
64. Al-Waajid: ( الواجد ) Maha Penemu / Maha Menemukan, iaitu
dapat menemukan apa saja yang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan
pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya yang secara mutlak.
65. Al-Maajid: ( الماجد ) Maha Mulia, (sama dengan no. 48 yang
berbeda hanyalah tulisannya dalam bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48
Al-Majiid, sedang no. 65 A1-Maajid).
66. Al-Waahid: ( الواحد ) Maha Esa.
67. Al-Ahad: ( الأحد ) Maha Tunggal.
68. Ash-Shamad: ( الصمد ) Maha Diperlukan / Maha Diminta / Yang
Menjadi Tumpuan, iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada
hajat keperluan.
69. Al-Qaadir: ( القادر ) Maha Berkuasa/ Maha Kuasa / Maha
Berupaya
70. Al-Muqtadir: ( المقتدر ) Maha Menentukan.
71. Al-Muqaddim: ( المقدم ) Maha Mendahulukan / Maha Menyegera,
iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau
dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya.
72. Al-Muakhkhir: ( المؤخر ) Maha Menangguhkan / Maha
Mengakhirkan / Maha Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan
sebahagian sesuatu dari yang lainnya.
73. Al-Awwal: ( الأول ) Maha Pemulaan / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari
semua yang maujud.
74. Al-Aakhir: ( الآخر ) Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu
kekal terus setelah habisnya segala sesuatu yang maujud.
75. Azh-Zhaahir: ( الظاهر ) Maha Zahir / Maha Nyata / Maha
Menyatakan, iaitu menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan
bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya.
76. Al-Baathin: ( الباطن ) Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat
dimaklumi ZatNya, sehingga tidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu.
77. Al-Waalii: ( الوالى ) Maha Menguasai / Maha Menguasai
Urusan / Yang Maha Memerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam
kekuasaanNya dan menjadi milikNya.
78. Al-Muta’aalii: ( المتعال ) Maha Suci/Tinggi , iaitu terpelihara
dari segala kekurangan dan kerendahan.
79. Al-Bar: ( البار ) Maha Dermawan / Maha Bagus (Sumber
Segala Kelebihan) / Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan
besar kenikmatan yang dilimpahkanNya.
80. At-Tawwaab: ( التواب ) Maha Penerima Taubat, iaitu
memberikan pertolongan kepada orang-orang yang melakukan maksiat untuk
bertaubat lalu Allah akan menerimanya.
81. Al-Muntaqim: ( المنتقم ) Maha Penyiksa / Yang Maha Menghukum,
kepada mereka yang bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya.
82. Al-’Afuw: ( العفو ) Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun,
menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya.
83. Ar-Rauuf: ( الرؤف ) Maha Pengasih / Maha Mengasihi,
banyak kerahmatan dan kasih sayangNya.
84. Maalikul Mulk: ( المالك الملك ) Maha Pemilik
Kekuasaan / Maha Menguasai kerajaan /
Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam
semesta, langit, bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya
sesuai dengan kehendak dan iradatNya.
85. Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( ذوالجلال والإكرام ) Maha Pemilik
Keagungan dan Kemuliaan / Maha Memiliki
Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan,
pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah.
86. Al-Muqsith: ( المقسط ) Maha Mengadili / Maha Saksama, iaitu
memberikan kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang
yang menganiaya dengan keadilanNya.
87. Al-Jaami’: ( الجامع ) Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul,
iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga
mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan.
88. Al-Ghaniy: ( الغنى ) Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta
Serba Lengkap, iaitu tidak berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya
sendiri, tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan padaNya.
89. Al-Mughnii: ( المغنى ) Maha Pemberi kekayaan / Maha
Mengkayakan dan Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan
yang berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan
hamba-hambaNya.
90. Al-Maani’: ( المانع ) Maha
Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela hamba-hambaNya yang
soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.
91. Adh-Dhaar: ( الضار ) Maha Mendatangkan Mudharat / Maha
Pembuat Bahaya / Maha Pemberi bahaya,
iaitu dengan rnenurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya.
92. An-Naafi’: ( النافع ) Maha Pemberi Manfaat , iaitu
meratalah kebaikan yang dikunniakanNya itu kepada semua hamba dan negeri.
93. An-Nuur: ( النور ) Maha Pemberi Cahaya / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya
sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda
kekuasaanNya.
94. Al-Haadi: ( الهادى ) Maha Pemberi Petunjuk / Yang Memimpin
dan Memberi Pertunjuk, iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu
agar berterusan adanya dan terjaga kehidupannya.
95. Al-Badii’: ( البديع ) Maha Indah / Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak ada
contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.
96. Al-Baaqi: ( الباقع ) Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya
untuk selama-Iamanya.
97. Al-Waarits: ( الوارث ) Maha Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris, iaitu kekal setelah musnahnya
seluruh makhluk.
98. Ar-Rasyiid: ( الرشيد ) Maha Cendekiawan / Maha Pandai /
Bijaksana / Maha Memimpin, iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi
penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu
berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan
kecendekiawanNya.
99. Ash-Shabuur: ( الصبور ) Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa
memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masanya.
![Text Box: FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA](file:///C:/Users/ACER%7E1/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image003.png)
1. “Ya Allah!” apabila
dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau
solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala
yang dihajati.
2. “Ya Rahman!” apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita
akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang
dengan izin Allah.
3. “Ya Rahim!” apabila
dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya
penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang
terhadap kita.
4. “Ya Malik!” apabila
dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari,
segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat &
kekayaan yang diredhai Allah.
5. “Ya Quddus!” apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir
matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong,
iri hari, dengki dll.
6. “Ya Salam!” apabila
dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar
dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.
7. “Ya Mukmin!” apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga &
segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam
gangguan yang merosakkan.
8. “Ya Muhaimin!” apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu Isyak, Insyaallah
fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.
9. “Ya ‘Aziz!” apabila
dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi
orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
10. ”Ya Jabbar!” apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan
menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
11. “Ya Mutakabbir!” apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak,
kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg
setia.
12. ”Ya Khaliq!” dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak
cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita
cerdas dan cepat tangkap (faham).
13. ”Ya Baarii’!” sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca
sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari
kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.
14. ”Ya Musawwir!” sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka
cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu.
Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan “Ya Musawwir”
sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang
suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama
3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x,
InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.
15. ”Ya Ghaffaar!” sambil beri’tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir
ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan
diampunkan dosa-dosa kita.
16. ”Ya Qahhaar!” dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga
dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu
memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
17. “Ya Wahhaab!” dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu
didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa
pun akan hilang.
18. “Ya Razzaq!” dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh,
Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki
akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.
19. “Ya Fattah!” dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita
akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.
20. “Ya ‘Aalim!” dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah
akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.
21. “Ya Qaabidhu!” dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan
Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.
22. “Ya Baasithu!” Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha
& berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari,
InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.
23. “Ya Khaa’fidh!” dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk &
tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai
musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
24. “Ya Raafi!” dizikirkan
setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta
benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat &
terhindar dari kecurian.
25. “Ya Mu’izz!” dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi
kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.
26. “Ya Muzill!” Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang
kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar
& membayar hutangnya kembali.
27. “Ya Samii’!” Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam,
biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah
solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.
28. “Ya Bashiir!” Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan
menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik &
hidayah dari Allah.
29. “Ya Hakam!” dizikirkan
sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka
hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan
mempelajari ilmu-ilmu agama.
30. “Ya Adllu!” dizikirkan
sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita
selalu dapat berlaku adil.
31. “Ya Lathiif!” Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para
peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris &
maju.
32. “Ya Khabiir!” Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang
teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya
ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.
33. “Ya Haliim!” Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang
mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah
dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.
34. “Ya ‘Aziim!” dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama
menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian
ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin
Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.
35. “Ya Ghafuur!” bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan
mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan
diterima taubatnya oleh Allah.
36. “Ya Syakuur!” dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima
kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah.
Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.
37. “Ya ‘Aliy!” Untuk
mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (**
di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang
dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si
anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.
38. “Ya Kabiir!” Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara
sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari
berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah
sesudah solat malam (tahajud atau hajat).
39. “Ya Hafiiz!” dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan
binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.
40. “Ya Muqiit!” Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam
hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan,
maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat &
segar kerana rasa lapar akan hilang.
41. “Ya Hasiib!” Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini
sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah
akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.
42. “Ya Jaliil!” Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir,
InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan – perniagaan akan
bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa disedari kedudukan kita akan
lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.
43. “Ya Kariim!” Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat
kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya
Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.
44. “Ya Raqiib!” Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang
dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar
barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar
dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal
& yakinlah kepada Allah. InsyaAllah….
45. “Ya Mujiib!” Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa
kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini
sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.
46. “Ya Waasi!” Apabila
di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi &
petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai
zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad
dengki sesama makhluk.
47. “Ya Hakiim!” Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap
hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal
& mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.
48. “Ya Waduud!” Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita
akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga
kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.
49. “Ya Majiid!” Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa
menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka
amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan
& usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan
menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.
50. “Ya Baa’its!” Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada,
InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
51. “Ya Syahiid!” Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan
sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam
sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.
52. “Ya Haq”! Perbanyakkan
zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman &
taat di dalam menjalankan perintah Allah.
53. “Ya Wakiil” Sekiranya
terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika
itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda &
kembali seperti sediakala.
54. “Ya Qawiy!” Amalkan
zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan
sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.
55. “Ya Matiin!” Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat
yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa
gentar untuk mengganggu.
56. “Ya Waliy!” Barangsiapa
yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali
mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita
akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang
bersifat dengki.
57. “Ya Hamiid!” Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang
paling berhak menerima segala pujian.
58. “Ya Muhshiy!” Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang
selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin
sesudah solat 5 waktu.
59. “Ya Mubdiu!” Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan
sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah….
60. “Ya Mu’id!” Andai
ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini
sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan
hasilnya.
61. “Ya Muhyiy!” amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan
diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
62. “Ya Mumiit!” Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan
didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.
63. “Ya Hayyu!” Untuk
mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah
zikir ini.
64. “Ya Qayyuum!” Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi
harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin
berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka
berzikirlah dgn “Ya Hayyu Ya Qayyuum…” sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang
hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai
segala hajat.
65. “Ya Waajid!” Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh &
teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
66. “Ya Maajid!” Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima
pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap
hari.
67. “Ya Waahid!” Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk
menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan
solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat
Isnin & Khamis, Insya Allah…
68. “Ya Somad! Ketika
dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah
dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar &
sentiasa.
69. “Ya Qaadir!” Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan
zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.
70. “Ya Muqtadir!” Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara
lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar
kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
71. “Ya Muqaddim!” Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata “Barangsiapa yang
berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya
segala usahanya akan berhasil”.
72. “Ya Muahkhir”! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir
ini.
73. “Ya Awwal!!” Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari,
InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.
74. “Ya Aakhir!” Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan,
InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.
75. “Ya Dhaahir!” Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang
sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia
yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.
76. “Ya Baathinu!” Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.
77. “Ya Waaliy!” Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan
seseorang itu menjadi orang yang ma’rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah.
Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini.
78. “Ya Muta’aAliy!” Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau
mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin
sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya &
segala hajat yang penting-penting akan berhasil.
79. “Ya Bar!” Amalkanlah
zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati
akan terlaksana dengan mudah.
80. “Ya Tawwaab!” Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah
memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke
jalan yang lurus.
81. “Ya Muntaqim!” Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan
kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini
setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendpt pertolongan
Allah.
82. “Ya ‘Afuww!” Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala
dosanya oleh Allah.
83. “Ya Rauuf!” Bagi
sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang
memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun
malam.
84. “Ya Maalikul Mulki!” Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap
tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x
sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah
akan mendapat pertolongan Allah.
85. “Ya Zul Jalaali wal Ikraam!” Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama
sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.
86. “Ya Muqsith!” Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan
menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.
87. “Ya Jaami’!” Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari
rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat
semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu
akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.
88. “Ya Ghaniy!” Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa
yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu
akan mendapat berkat.
89. “Ya Mughniy!” Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat
kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita
akan tercapai.
90. “Ya Maani’!” Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu
menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari
orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.
91. “Ya Dhaarr!” Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu
penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah
puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah
dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh.
92. “Ya Naafi’ “! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap
hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang
susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
93. “Ya Nuur!” Menurut
Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang
agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun
kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini
setiap pagi & petang.
94. “Ya Haadiy!” Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia
tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini,
Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan
tersebut.
95. “Ya Baadii!” Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan
rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir
ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan
pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.
96. “Ya Baaqy!” Amalkanlah
zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar
ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas,
perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.
97. “Ya Waarits!” Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau
sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada
setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir
ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik
& memberangsangkan.
98. “Ya Rasyiid!” Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun
biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi
bertambah cerdas.
99.
“Ya Shabuur!” Agar kita diberi kesabaran oleh Allah
dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan
sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya
akan mencapai kejayaan.
|
![Text Box: Ayat yang menggunakan “Al Asma’ul Husna’, antara lain sebagai berikut :](file:///C:/Users/ACER%7E1/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image001.png)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar