Senin, 09 September 2013

BISMILLAH ENAM


BISMILLAH ENAM


Salinan risalah Bismillah Enam lebih 20 tahun didalam simpanan.
Assalamu’alaikum, berjumpa lagi……………………………….

Kepingan risalah diatas saya dapati semasa sedang menuntut SINAR ISLAM pada tahun 80an di Ulu Kinta, Perak. Semasa itu, seorang Ustaz telah member salinan ini agar saya dapat mengamalkannya kerana menurutnya, fadhilatnya amat besar dan mujarab untuk pelbagai kegunaan.

Saya pernah melihat Bismillah Enam ini didalam Kitab Amalan Tok Janggut dan juga didalam Kitab Senjata Mukmin pada tahun 70an. Pada masa itu, semasa masih 12 tahun, belum ada minat sangat kepada amalan amalan sebegini, maklumlah, sedang hangat mula belajar Pencak Silat, lebih tertumpu mantera Mantera Melayu bagi Kebal, Tahan Badan, Penderas dan sebagainya. Hanya pada permulaan mempelajari Usulluddin dan Awaluddin, sifat Dua Puluh dan Tarekat dengan Al Marhum Ustaz Syamsudin, baharulah terbuka mata akan khasiat dan fadhilat Bismillah Enam.

Apa yang saya dapati, memang terdapat persamaan koleksi yang saya dapat daripada Ustaz Ismail (Arwah) dengan Kitab-Kitab diatas. Semasa saya belajar di Kolej Melayu Kuala Kangsar, seorang Ustaz (Guru MCKK) yang saya telah terlupa nama beliau , juga memberi amalan
Bismillah Enam ini supaya mengamalkannya.

Sudah pasti Bismillah Enam ini asalnya daripada amalan amalan Ulama terdahulu, Cuma saya mengetahui sejarah dan nasabnya sahaja. Wallahualam

ILMU MANTERA PENDEKAR MELAYU

Segala mantera mantera ini hanya sebagai rujukan pembaca supaya kita semua tahu apakah pakaian sesetengah pendekar melayu zaman dahulu kala. Kesemua mantera ini saya dapati dari pelbagai perguruan dan rakan rakan sesame pelbagai Seni Silat serata Tanah Melayu dan Serawak. Walaubagaimanapun, cara amalan dan kegunaan tidak disertakan kerana Blog saya hanyasanya sebagai ilmu pengetahuan kepada generasi anak muda sekarang sahaja.

Mantera Ilmu Untuk Kemuliaan

Alif ghaib dalam bismi senjata Islam aku
Lam ghuyub dalam bismi senjata iman aku
Baa bismi benih Islam aku
Sim bismi tali hubungan antara Islam dengan iman
Mim bismi benih iman aku
Allah didiri aku
Ali Rahman nama bapa aku
Ali Rahim nama ibu aku
Attahiyyatul-mubarokatus-solawa tut to-yiyba-tulillah
Ya Arhamarrohimi, kurniakan kepada hambuMU kemuliaan dan kehormatan dunia dan akhirat

Akulah Ali Rahman kepada ……………….21X

Nota
:= Perhatikan mantera diatas, manakah asal usul dating amalan ini saya kurang pasti kerana saya mendapatkannya dari kawan bernama Syed Ismail dari perguruan a.l.s. pada 6 april 1982
Jadikan sahaja pengetahuan semata mata.

MANTERA ILMU TANYA DAN MIMPI

Pisang anak pisang ini
Pisang ghairin baginda rau a’
Sapi tumu mikail rahma
Mahu jamah perut
Tak mahu jamah kaki
Minta janji jamah kepala
Aku memakai ilmu Tanya
Berkat kata guru
Mustajab kata ALLAH
Berkat Kalimah

Laa……………….
Nota:- Mantera ini saya dapati dari saudara Yunus di Sungai Rokam, Ipoh, Perak tahun 28 Mei 1982


MANTERA PEMULIH BADAN

Bismillah………….

Ruh wujud badan
Nyawa darah daging tulang kulit
Pulang segala ujud anggota aku
Pulang sediakala……………………………………3X

Nota:-
mantera ini didapati pada 1982 tetapi sudah lupa siapa yang memberikannya

MANTERA MEMBUAT MINYAK PENGASIH

Bismillah………………………………………….

Hai minyak sepudi kaca aku
Gantung di pintu kaabah
Aku berdiri seperti raja
Denga sebab manusia gajah putih tertunduk sujud bawah tapak kaki kiri aku
Kalau engkau tak tunduk sujud dibawah tapak kaki kiri aku
Aku sumpah engkau pada ALLAH
Aku sumpah engkau pada Muhammad
Syeikh sidi pengajaran guruku
Jadilah pada aku
Dengan berkat doa

Laaa……………………………………..mu……………………….

MANTERA MENGIKUT TELUNJUK

Kakap Muhammad kakap aku
Yang mengakap daging pani saying Fatimah
Tunduk sujud sekelian tubuh anggota engkau kepada aku
Dengan berkat doa

Laa…………………………………………………….

MANTERA ILMU KEBAL

Allah paying aku
Jibrail kota aku
Malaikat 44 pagar aku
Aku berjalan denga kuasa Allah
Aku melenggang dengan melenggang Muhammad
Bukan kata aku
Kata Allah
Dengan berkat doa

Laa……………………………………………………………..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar