Kafiat
tujuh ayat didalam Quran adalah salah satu
pendinding yang paling afdal lagi ampuh, bahkan ianya adalah ayat digunakan
apabila bertempur dengan Kafirin oleh pejuang2 Islam/Melayu dizaman jajahan
penjajah Inggeris. Dipercayai, ayat ini adalah warisan Tok Janggut, Mat Kilau ,
Dato Bahaman yang mendapatkannya dari Tokku Paloh.
1- Ayat 51
Surah Taubah
2-Ayat 107
Surah Yunus
3-Ayat 6
Surah Hud
4-Ayat 56
Surah Hud
5- Ayat 60
Surah Ankabut
6-Ayat 2
Surah Fatir
7-Ayat 38
Surah Azzumar
Semua ayat2 diatas diwiridkan
selepas Solat Subuh dan Solat Margrib. Menurut yang menurunkan ilmu ini, jika
kita sekalipun dikepung musuh keliling, dengan Izin-NYA, kita pasti akan
terlepas juga dengan kepungan ini, sama seperti Ayat
Yasin...Wajaalna...............
v
Kegunaannya, jika berhadapan dengan
musuh/penjahat bersenjata tajam atau senjata api, bacakan ayat2 ini,
dihembuskan kemuka dan dihentak tumid dengan kuat kebumi (Pasung bumi), maka jika
musuh/penjahat sedang menyerang, maka dia akan kaku berdiri selagi tidak
diangkat tumid kita, ataupun jika penjahat menembak, senjata tidak akan
meletup.
Ada juga dikalangan mereka yang
menggunkan ini, jika musuh sudah kaku, jika dipegang senjata tajam seperti
parang/pisau contohnya, maka senjata itu akan patah dan terlepas dari tangan
penjahat/musuh.
v
Diamalkan
40 hari berturut2 sebanyak 7 kali
selepas Solat Lima Waktu,
maka dia akan mendapat kekuatan kebatinan. Mereka yang pernah
mengamalkan lebih maklum dengan Ayat 7 ini terutama yang mengamalkan Silat
Kebatinan.
v
Dibacakan kepada mangsa hysteria/kerasukan
dan dihembus kemuka , dan lebih baik dibacakan bersama sama dengan Surah
Al An’am ayat 1 hingga 3, menurut pengalaman saya, sebelum saya sampai untuk
mengubat mangsa kerasukan, selalunya mangsa sudah didapati pulih sedia kala,
maka kerja lebih mudah, Cuma kita pasangkan pendinding kepada mangsa2 ini,
terutamanya dari kaum Wanita. Begitu juga kepada yang selalu ‘Naik
Syeh’ , kita bacakan ayat2 ini, dan ditepuk kebelakang tengkuk, maka
jika sudah kembali normal, maka dibacakan ayat 7 ini bersama2 Ayatul
Qursi , dikunci tujuh anggota sendi supaya ’syeh’nya tidak dapat masuk balik.
Perkara ini selalu berlaku kepada anak2 murid yang suka mengamalkan Silat
Kebatinan tanpa pengawasan Guru atau murid lama yang sudah mahir.
v
Untuk melepaskan diri daripada
kesusahan seperti buatan orang atau permainan orang yang mendengki (percubaan
orang untuk menguji Kebatinan kita) , maka hendaklah dibaca 7 hari berturut2 ketika
tengahari 7 kali, ketika tengahmalam 7 kali. Berhati2 supaya waktu untuk
melakukannya jangan mengikut waktu jam kerana mungkin bersalahan, maka
hendaklah melihat matahari betul2 diatas kepala. Begitu juga jika mahukan
perbuatan musuh berbalik kepada mereka, maka amalannya ialah membaca 7 kali
apabila matahari terbenam selama 7 hari berturut2 , jika masih lagi ada
gangguan, diamalkan 7 hari, 21 hari, 40 hari....Insyallah, selalunya tidak
sampai 40 hari, musuh akan mengalah, boleh juga ditambah dengan ayat
ini.
Bismillahhirrohmanirrohim
WA-ILALLAH-HI-TUR-JA-‘UL-UMUR..........................21x
YAZAL-JALALIWAL-IKRAM......................................21x
=>Jika
ditambahkan lagi dengan lima Ayat ini yang juga digelar Ayat Nashr, maka mereka2
yang terdiri daripada bomoh/dukun/pawing , permainan mereka akan pulang balik
kepada mereka. Ayat2 ini adalah:
1-Ayat 246
Surah Al Baqarah
2- Ayat
181 Surah Ali Imran
3- Ayat 77
Surah Annisak
4- Ayat 77
Surah Al Maidah
5- Ayat 16
Surah Ar-Ra’du
Tambahkan lagi dengan Ayat
Seribu Guna yaitu:
Wal
yatalath taf wala yus’eran nabikum ahada.....40X
(Ayat 19
Suratul Kahfi)
Insyallah, tumpul permainan mereka
itu, walaubagaimanapun, perkuatkan pendinding diri, keluarga dan seisi rumah
dengan amalan2 pendinding dahulu.
Ayat Lima ini ada beberapa kegunaan lagi, terutama untuk
perubatan, pendinding dan murah rezeki.
AYAT SATU
ROBBUNA
WAROBBUKUM LANA AQ’ MALUNA WALAKUM AQ’
MALUKUM LAA HUJJATA BAINANA WABAINAKUM ALLAHHU YAJMA ‘U BAINANA WAILAIHIL MA
SHIR
(Ayat 15
Suratusy syura)
1- Bacakan ayat ini untuk melepaskan diri dari binatang
buas/anjing dll juga musuh/penjahat dan penganiayaan manusia dengan membaca
ayat ini dan dihembuskan
2- Dibaca setiap lepas Solat ayat ini dengan memakrifatkan
seolah2 ada satu tembok besi meliputi kita dan orang yang mempunyai dendam dan
niat buruk terhadap kita, maka jika kita bertembung dengan mereka, Insyallah,
mereka tidak akan dapat melihat kita, begitu juga , jika mereka berjumpa bomoh
ingin melakukan keburukan keatas kita sekeluarga, maka Insyallah bomoh dan
khadamnya tidak akan dapat menjumpai kita untuk melakukan khianat. Terlebih
afdal dan ampuh jika diamalkan dengan AYAT TUJUH DAN AYAT LIMA.
3- Lagi satu kegunaan, jika tiba2 bertembung musuh ditengah
jalan, maka hendaklah dengan cepat kita menyorok disebalik lalang atau pokok
atau apa sahaja, dengan membaca ayat ini sebanyak2 serta makrifatkan musuh buta
mata tidak dapat melihat, ini sebagai kegunaan untuk melepaskan diri sehingga
musuh telah meninggalkan tempat. Ayat ini selalu digunakan pada masa dahulu,
ada yang memanggil ayat disebalik lalang. Wallahualam.
Qobiltu ust zazakaallah
BalasHapusQOBILTU IJAZAH MHN IZIN SEKALIGUS DOA MDH2N ATAS IZIN DAN RIDHA-NYA SEGALA URUSAN DIMUDAHKAN. AAMIIN
BalasHapus