Pukulan
Jauh/Angin Sinar Islam-Latihan Ilmu Nafas
Pukulan
Angin/Jauh/Gayong-Sinar Islam-Latihan Ilmu Nafas
Latihan
Ilmu Nafas-Sinar Islam
a) Allah
Hu
Akbar
21X
Latihan
Nafas Keluar dari lubang hidung sebelah kanan, setelah dikepit/tutup lubang
hidung sebelah kiri dengan jari telunjuk tangan kiri sambil tapak tangan kanan
menutup lubang pusat. Nafas dihembus dengan kuat sebanyak bilangan bacaan
diatas.
Latihan
ini diulang2 sebanyak 7 kali didalam sesuatu masa latihan. Badan hendaklah suci
daripada hadas kecil atau besar dan hendaklah berkeadaan berwuduq mengadap
Kiblat.
Latihan
ini boleh dilakukan bila2 masa tetapi adalah lebih baik selepas Solat Isya’
sunyi dari kewujudan manusia dan gangguan
Latihan
Ilmu Nafas ini bertujuan untuk mendapatkan kekuatan Kerohanian Tenaga Dalam
yang amat diperlukan untuk kekuatan Kebatinan seseorang, dan ianya diamalkan
sepanjang masasampai bila2pun.
Setelah
dapat merasakan kekuatan dalaman yang bertambah melalui bukti2 seperti Sikap
yang semakin berkeyakinan tinggi, berani, bersemangat dan lain2 sifat perubahan
yang daripada lemah ke bertambah2 kuat dan bertenaga, maka itu tandanya amalan
latihan Ilmu Nafas ini sudah menunjukkan ‘Menjadi’. Salah-satu tanda yang
ketara ialah tubuh-badan seolah-olah berisi suatu kekuatan Tenaga yang mana
kita senantiasa bertenaga dan cergas. Jika sudah mendapat tanda2 ini, maka
teruskan usaha amalan tersebut.
b) Latihan
Ilmu Nafas-Sinar Islam 2
ALLAH-HU..................................................
Berlatih
menggunakan mulut untuk bernafas masuk-keluar tanpa sedikitpun bernafas
menggunakan hidung. Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan lagi Tenaga
Dalam/Aura/Cakra dan sebagainya.
Cara
latihan ialah , sebutkan ALLAH apabila sambil bernafas masuk melalui mulut dan
HU apabila menghembuskan nafas keluar sambil kedua2 belah tangan seperti Qiam
berdiri Solat dimana tapak tangan kanan diatas belakang tangan kiri (Seperti
sedang berdiri bersolat ) dan menutup lubang pusat.
Latihan
ini hendaklah dilakukan sebanyak bilangan 66X sekali amal seperti jumlah huruf
ALIF LAM LAM HA........................didalam kiraan huruf Arab.
Tanda2
seperti Muka bercahaya, badan terasa ringan tetapi bertenaga, sifat bertambah
Positif, perasaan terlebih tenang dan fikiran bertambah tajam, kesedaran
kejadian yang berlaku disekeliling kita bertambah peka walaupun mata
pejam mahupun dibelakang kita, maka itu tanda2 awal amalan dan latihan sudah
berhasil
Rajah
diatas sebagai pedoman kemudahan untuk memahami apa yang dimaksudkan. Apabila
melakukan latihan ini, hendaklah nafas disedut sedalam dalam yang boleh dan
dihembuskan sekuat kuat yang boleh tanpa memutuskan Kalimah ALLAH-HU tersebut.
Selamat
Beramal dan selamat berpuasa didalam Bulan Yang Mulia, Ramadhan Al Mubaraq.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar