Wafaq
dan Pagar Pencuri
WAFAQ DAN PAGAR PENCURI
Ayat
diatas sudah sangat terkenal dikalangan amalan amalan pendekar melayu, orang
Silat dan Perguruan Perguruan, hanyasanya, kegunaannya adalah sedikit
berlainan, namun pada asasnya ialah tetap sama yakni sebagai pagar pendinding.
Walaubagaimanapun, disini didalam amalan Silat Sinar Islam, ianya berbentuk
wafaq beserta cara amalan membuat pagar pendinding rumah dan kebun/sawah/ladang
dari khususnya pencuri, dimana walaupun pencuri dapat memasuki rumah atau
ladang kita, mereka tidak sama sekali menjumpai jalan keluar kerana pandangan
mata sudah terkabur melihat seolah olah ada lautan atau hutan belantara yang
tebal atau penuh binatang bias buas mengelilingi pencuri ini.
Caranya
ialah menulis ayat diatas sebanyak 70 X pada sehelai kain putih bersih dengan
dakwat hitam, sesudah selesai menulis, hendaklah membaca sebanyak bilangan yang
sama sambil kain tersebut dilipat sekecil mungkin dan dimasukkan kedalam sebuah
botol. Botol yang sudah diisi kain ini setelah ditutup rapat rapat, hendaklah
digantung didalam rumah atau di kebun.
Ada
beberapa petua yakni, botol tersebut juga diisikan juga dengan punca air sungai
yang deras atau air laut, maka kesannya adalah sama seperti jenis bentuk air
yang di isi itu. Manakala satu lagi petua ialah mengisikan juga dengan tebuan,
lebah bias atau kala jengking, maka kesannya ialah seperti serangga itu juga,
begitu juga di isi bersama sama kayu kayu dari hutan belentara, kesannya ialah
pencuri seakan akan didalam hutan belantara sehingga tidak dapat melihat jalan
keluar, sedangkan mereka hanya berpusing didalam rumah atau ladang kita.
Ayat
diatas juga boleh digunakan untuk menghancurkan menjahanamkan musuh musuh kita
dengan syarat dapatkan pakaian mereka beserta dengan rambut atau apa sahaja
bahagian tubuh badan, di isikan bersama sama kain yang telah dituliskan ayat
diatas sebanyak 313 X , dibungkus dan dibakar sehingga menjadi debu. Kain
tertulis juga nama musuh tersebut beserta nama ibunya, jika tidak mengetahui
nama ibu, memadailah dengan nama musuh tersebut, dan ditulis dengan bahasa
jawi.
Sambil
membakar bacakan ayat diatas beserta Kalimah ini yakni:-
Ya zal
jalaliwal ikram.................................................. 313 X
Peringatan,
jangan sesekali berlaku zalim, kelak memakan diri sendiri. Jika ingin melakukan
juga, berfikirlah sedalam dalamnya, tidak dihalang melakukannya pada musuh
Islam yang secara terang melakukan kezaliman terhadap orang Islam.
Ayat ...Ya
zal jalaliwal ikram ....juga boleh dibuat senjata ghaib kepada musuh yakni
dibacakan sebanyak 313 X atau 1,000 X pada kacang hijau dan dibakar bersama
sama kemenyan, maka pada hakikatnya asap ini akan menjadi tebuan menyerang
musuh kita.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar