Posted
by Shafi-Q.
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
Solat Sunat Hajat merupakan
solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam
permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkanpertolongan
daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak
sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau
bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha
yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha Pencipta.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa
yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka
hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua
raka’at.” (Riwayat
At-Tarmizi)
Imam Ahmad meriwayatkan
dengan sanad shahih dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa
berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna,
nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat ataupun
lambat.”
.
Solat sunat ini mempunyai
kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu
perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati atau
hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar
permintaan mudah dimakbulkan.
.
Solat hajat boleh didirikan
secara bersendirian atau berjemaah, sama ada pada waktu siang maupun malam
hari. Lebih afdal solat bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam
(selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan,
lebih khusyuk dan amat hening suasananya.
.
Solat Sunat Hajat dilakukan
dengan pelbagai cara dan ia boleh didirikan sehingga 12 rakaat dan paling
minima adalah 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud
yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah
dan disertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat
hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.
.
.
FADHILAT
SOLAT HAJAT
1.
Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
2.
Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
3.
Permohonan dimakbulkan Allah SWT.
.
.
.
PANDUAN
SOLAT HAJAT
.
Sekiranya dilakukan selepas
terjaga dari tidur pada sebelah malam, sebelum melakukan Solat Sunat Hajat,
hendaklah bersugi dan mandi terlebih dahulu kemudian berwuduk bagi membersihkan
diri dan menyegarkan diri. Pakailah pakaian yang bersih dan afdalnya berwarna
putih.
Alhakim berkata,“Sesiapa
yang melaksanakan solat sunat hajat, hendaklah ia mandi pada malam Jumaat dan
memakai pakaian yang bersih dan solatlah di waktu sahur dengan niat mohon
dipenuhi hajatnya.”
Sebaiknya dirikanlah Solat
Sunat Wuduk dan Tahajjud terlebih dahulu sebelum melakukan Solat Sunat Hajat.
.
.
.
CARA MELAKUKAN SOLAT HAJAT
.
Dirikanlah Solat Sunat
Hajat sebagaimana solat-solat biasa yang lain dengan mematuhi 13 rukun yang
telah disyariatkan itu. Perbezaannya cuma pada perkara-perkara berikut:
.
1.
Lafaz dan niat:
.
“U-shol-lii
sun-na-tal haa-ja-ti rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Daku
Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
.
2.
Bacaan selepas Al-Fatihah
.
“ALLaahu la ilaaha illa
huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa
fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih,
ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in
min’ilhimi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa
yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.”
“Allah, tidak ada Tuhan
melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak
mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi.
Siapakah yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisi Allah tanpa
izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang
mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan
apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi
langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah
Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).” [Surah Al
Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]
.
.
“Qul
huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa lam yakun lahu
kufuwan ahad.”
“Katakanlah : Allah itu
Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan
tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”
.
*Sesungguhnya sebahagian
daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap
rakaat ‘Surah Al-Fatihah’, ‘ayat Al-Kursi’ dan ‘Qulhu
wallaahu Ahad’.
.
.
3.
Membaca Tasbih
.
a. Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi
salam), terus sujud sekali lagi danbacalah tasbih
ini 41 kali:
Tiada
Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari
golongan orang yang aniaya.
.
.
.
.
4. Wirid Selepas
Solat Hajat
.
Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah
kalimat-kalimat berikut:
.
a. Istighfar (10 / 100 kali)
“As-tagh-fi-rul-laah,
Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku
memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat
kepada-Nya.
.
b. Zikir
“Laa-i-la-ha
il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah.”
Tiada
Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.
.
“Allaahumma
shalli ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin.”
Ya
Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli
keluarga penghulu kami Muhamad SAW.
.
.
5. Doa Solat Hajat
.
Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud.
Kemudian duduk semula dan bacalah doa berikut:
.
.
AL-La-Hum-ma
in-ni as-a-lu-ka bi-ma-‘aa-qi-dil ‘iz-zi min ‘ar-shi-ka, wa-mun-ta-Har
rah-ma-ti min ki-ta-bik, wa-bis-mi-kal ‘a-zo-mi, wa-waj-Hi-kal ‘a-la,
wa-ka-li-maa-ti-kal tam-mah. La-’i-la-ha ‘il-laL-Laa-Hul ha-lii-mul ka-riim,
sub-ha-naL-Laa-hi rab-bil ‘a-zhim, al-ham-du LiL-La-Hi rab-bil ‘a-la-miin.
as-a-lu-ka muu-ji-baa-ti rah-ma-tik, wa-‘a-zaa-i-ma magh-fi-ra-tik,
wal-‘is-ma-ta min kul-li zhan-bi, wal-gha-nii-ma-ta min kul-li birr,
was-sa-la-ma-ta min kul-li ‘itshmi. Laa-ta-da’ li zhan-ba ‘il-la gha-far-tah,
wa-laa Ham-man ‘il-la far-raj-tah, wa-laa dai-nan ‘il-la qo-dhai-tah, wa-laa
ma-ri-dhan ‘il-la sha-fai-tah, wa-laa fa-qii-ran wa-laa mis-kiy-nan ‘il-la
agh-nai-tah, wa-laa jaa-hil-lan ‘il-la ‘al-lam-tah, wa-laa ‘a-duu-wan ‘il-la
kha-zal-tah, wa-laa ‘ai-ban ‘il-la sa-sar-tah, wa-laa maiy-yi-tan ‘il-la
ra-him-tah, wa-laa haa-ja-tan Hi-ya la-ka ri-dhan ‘il-la qha-dhai-tah.
AL-La-Hum-ma in-ni a-ta-waj-ja-Hu bi-ka i-la rab-bi fii haa-ja-tii Ha-zhi-Hi
li-tuq-dha lii Haa-ja-tii yaa-‘ar-ha-mar roo-hi-min. aa-miin.
.
Sslamat Beramal…!
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar